Instagram Perkenalkan IGTV Untuk Pengguna Muat Naik Video Berdurasi 1 Jam

62

Semalam platform sosial media terkemuka dunia iaitu Instagram telah melancarkan flagship sosial media yang hanya memaparkan video berdurasi selama satu jam.

Menurut laman instaram-press, Aplikasi itu telah sedia untuk dimuat turun di peranti iOS dan Android.

Dengan menggunakan akaun instagram sedia ada, pemilik akaun boleh log masuk ke IGTV. Selepas itu, anda akan dibawa terus kepada stories terkini milik akaun yang anda ikuti di akaun Instagram anda.

Menariknya, selain itu anda juga boleh menonton video berdurasi panjang dengan paparan menegak seperti Insta Stories.

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Kevin Systrom IGTV berkata, platform ini direka khas untuk pengguna menonton dan memuat naik pelbagai jenis video.

Pihaknya juga dalam perancangan membenarkan pengguna untuk memuat naik video tanpa had durasi video pada masa hadapan.

Comments

comments