Instagram Tawar ‘Dark Mode’, Ini Caranya Untuk Anda Aktifkan

877

Adakah anda perasan pada minggu ini kita telah melihat rakan-rakan di media sosial seperti Instagram berkongsikan pengalaman mereka menggunakan ‘dark mode’.

Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini aplikasi Twitter telah melakukannya terlebih dahulu, sebelum Instagram pula melancarkan ‘dark mode’ atau mode gelap untuk pengguna IOS 13 dan juga Android.

Apa kelebihan menggunakan ‘dark mode’ ini?

Bagi anda yang tidak tahu, pengunaan ‘dark mode’ ini dapat mengurangkan tekanan pada mata berbanding paparan asal.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu menjimatkan penggunaan bateri kerana paparan pixel gelap menggunakan kurang bateri berbanding paparan pixel putih.
Instagram Dark mod

Kepada anda yang ingin tukar kepada ‘dark mode’ boleh ikut tips mudah ini:

1. Pastikan anda menggunakan iOS13 pada iPhone anda.

2. Buka pada ‘Setting’, klik ‘Display dan Brightness’, klik pada ‘Dark’.

3. Buka aplikasi Instagram, update pada versi terbaru.

4. Secara automatik, Instagram anda kini dalam paparan ‘dark mode’.

 

Selamat mencuba semua!

 

Sumber: Pocket-link

 

Comments

comments