iPhone 13 Lancar 14 September Ini Dengan Beberapa Produk Lain

iPhone 13

Mesti ramai yang tertanya-tanya bilakah pelancaran iPhone siri 13 kan? Pertanyaan korang mungkin terjawab selepas Apple sendiri mengumumkan tarikh pelancaran yang akan diadakan pada 14 September ini secara maya dari Apple Park.

Korang boleh menonton “California Streaming” secara langsung di laman web Apple pada pukul 1 pagi, 15 September ini mengikut waktu Malaysia.

Walaubagaimanapun, Apple tidak mengumumkan apakah produk yang bakal dilancarkan pada hari tersebut. Menurut laporan Fuzz.my, mereka menjangkakan bahawa ianya merupakan pelancaran bagi iPhone 13, Apple Watch Series 7 dan Airpod 3.

Apapun, sama-sama kita tunggu sehingga 15 September waktu Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut apakah yang akan dibawakan Apple nanti.

Advertisement

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERFuzz.my

Comments