Iran Batalkan Solat Jumaat Untuk Cegah Jangkitan COVID-19

Iran merupakan negara kedua yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat virus coronavirus atau Covid-19 selepas China dengan mencatatkan 26 kematian dan kini seramai 245 orang telah didapati positif dijangkiti virus tersebut.

Bagi mencegah penyebaran jangkitan wabak ini, Kementerian Kesihatan Iran telah meminta pihak berwajib untuk membatalkan solat Jumaat dan ibadah berjemaah yang lain.

Akibatnya solat Jumaat di 23 ibu negeri dari 31 wilayah di negara termasuk Tehran, bandar suci Qom dan Mashhad telah dibatalkan laporan oleh Reuters.

Menurut sumber yang dipetik oleh agensi berita Iran, jurucakap Kementerian Kesihatan Kianoush Jahanpour berkata, semua aktiviti yang melibatkan orang ramai harus dibatalkan sehingga menerima pemberitahuan yang selanjutnya.

Advertisement

iran coronavirus

Keadaan menjadi lebih membimbangkan untuk kerajaan Republik Islam Iran, kerana terdapat dua individu penting dalam kerajaan Iran yang dilaporkan telah dijangkiti dengan wabak ini.

Naib Presiden Iran untuk Hal Ehwal Wanita dan Keluarga dan Timbalan Menteri Kesihatan keduanya kini sedang mendapatkan rawatan intensif.

Iran telah mengadakan taklimat dalam talian pada hari isnin bersama Kementerian Luar Negeri untuk membanteras wabak ini. Terbaru, Iran telah mengesahkan sebanyak 978 kes baru dan 54 kematian akibat penyakit yang dipanggil COVID-19.

Di Mideast, terdapat lebih daripada 1,150 kes koronavirus baru, sebahagian besarnya dikaitkan semula dengan Iran. Pakar sangat bimbang dengan peratusan kematian di Iran, sekitar 5.5%, jauh lebih tinggi berbanding negara lain.

Comments

comments