Isteri Beli Tiket Nak Buat Surprise, Suami Kantoi Tengok Bola Dengan Kekasih

3255
Sekadar gambar hiasan

Perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menyaksikan Malaysia berkesudahan memenangi mata 2-0 menentang Indonesia. Tetapi seorang isteri berkongsikan kisah sedih ini di sebalik kemenangan Malaysia.

Baca: “Terima Kasih Harimau Malaya!”, Skuad Kebangsaan Tumpaskan Sang Garuda

Lumrahnya, selalu yang minat menonton bola sepak pasti kaum lelaki. Tapi isteri ini sanggup bersusah payah membelikan tiket perlawanan bola untuk suami tercinta. Niat awalnya, nak buat kejutan tapi sudahnya dia sendiri yang mendapat kejutan lain.

Teruja tunggu suami balik

Tadi saya tunggu suami saya balik kerja pukul 5 dalam keadaan excited dan gembira sangat. Ingatkan nak surprise kan kat dia yang saya ada ticket Football Malaysia vs Indonesia untuk dua orang. Jadi saya mesej lah dia.

“Balik awal tau, saya ada surprise bila awak balik nanti.”

“Tak boleh lah, saya ada banyak kerja lagi. Kena ot.”

Tapi tak apa, saya faham. Dia cari rezeki untuk kami sekeluarga. So, tiket tu saya let go bagi pada abang-abang saya. Saya duduk sorang di rumah dengan anak saya.

Kantoi pergi dengan girlfriend

couple
Gambar hiasan

Tengah sibuk saya online Instagram, tiba-tiba kawan ada dm saya. Hantar screenshot gambar suami saya dengan perempuan lain tengah tengok bola di stadium. Saya terus stalk perempuan tu di Instagram, rupanya memang betul.

“Suami saya tipu saya. Mati-mati saya percayakan dia selama ni. Saya nampak perempuan tu update gambar-gambar dorang dating, yang selama ni dia kata kena kerja ot tu.”

Sakit hati saya , dah lah dorang berpegangan mesra bagai. Dorang berhubungan selama ni saya tak tahu. Siap perempuan tu ada tag yang dah check in kat satu hotel lagi. Saya dah tak tahu nak buat apa.

Saya asyik terfikir apa salah saya, apa kurang saya. Mungkin dari kecantikan saya kalah kot. Dan saya dapati perempuan itu adalah bekas kekasih dia. Tak apa lah, saya akan pertahankan rumah tangga ini selagi mampu.

Isteri pesakit kanser

pesakit kanser
Gambar hiasan

Sebenarnya, saya tengah hidap kanser rahim stage 3 tapi dia tak tahu. Saya cuma nak pesan bila saya dah tak ada nanti, tolong jaga baby kita dan perempuan tu boleh lah jadi mak tiri untuk anak kita.

Saya cuma nak luangkan masa dengan abang je dan masa ni lah yang sesuai sebab abang suka tengok bola. Terima kasih budi baik abang selama ni.

Saya bukan nak raih simpati, cuma nak pesan pada kita semua. Hargailah suami atau isteri masing-masing, nak curang? Jangan. Lama-lama mereka akan dapat tahu juga.

Sebelum ini, kisah seorang isteri berhadapan dengan permintaan suami untuk berkahwin lagi tular di media sosial. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Gaji RM800 Ada Hati Nak Kahwin Lain! Isteri ‘Sekolahkan’ Suami Dan Teman Wanita

Sumber

Comments

comments