Isteri Berjumpa Semula Dengan Suami Yang Terpisah Dalam Aplikasi TikTok

1695

Siapa sangka hobi bermain aplikasi TikTok boleh satukan sepasang suami isteri yang telah terpisah? Itulah yang berlaku di Tamil Nadu, India apabila wanita ini terjumpa dengan seorang lelaki mirip suaminya yang hilang di dalam salah satu video yang ditonton.

Jayapradha yang kehilangan suaminya, Suresh kira-kira tiga tahun lalu yang melarikan diri dari rumah. Dipercayai suaminya lari bersama seorang wanita transgender.

Kredit: India Today

Dia terus membuat laporan polis dan meminta bantuan polis untuk mencari jejak suaminya itu. Berdasarkan video yang di post itu, mereka berjaya menjumpai Suresh.

Suresh kemudian diberi pilihan sama ada pulang semula ke pangkuan keluarga ataupun menceraikan saja isterinya. Jayapradha tidak mahu lagi keadaannya dibiarkan gantung tak bertali.

Namun, Suresh akhirnya mebuat keputusan untuk kembali bersama keluarganya.

Sebelum ini India pernah mengharamkan penggunaan aplikasi TikTok kerana dikatakan menggalakkan budaya yang tidak baik namun larangan itu telah dibatalkan semula.

Comments

comments