(TAKZIAH) Isteri Lagenda Badminton Negara, Misbun Sidek Menghembuskan Nafas Terakhir

datin latifah sidek

Kami dikejutkan dengan berita pemergian isteri kepada pemain lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek, Datin Latifah Sidek yang telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Memetik laporan Berita Harian, berita ini dikongsikan oleh akaun sosial rasmi Twitter Majlis Sukan Negara (MSN) sekitar jam 9 malam tadi.

arwah datin latifah
sumber – Google

Diantara yang mengucapkan ucapan takziah ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria menerusi akaun Twitternya.

Advertisement

Menurut sumber, Datin Latifah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana positif Covid-19. 

Ternyata kehilangan isteri tercinta terutamanya waktu pandemik sebegini amat sukar bagi bagi keluarga lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek. Semoga roh arwah Datin Latifah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sumber

SUMBERBerita Harian

Comments