Isu #ChargeGate iPhone Xs, Masalah Yang Tiada Penyelesaian

109

Ramai yang teruja dengan model iPhone terbaru keluaran Apple bulan lalu dan mengagumi kehebatan telefon itu.

Tetapi tak sampai sebulan selepas tarikh pelancaran iPhone Xs dan iPhone Xs Max, pengguna sudah mula menghadapi masalah yang serius dengan peranti ini.

#ChargeGate

Masalah yang dimaksudkan ialah peranti mereka menghadapi kesukaran untuk mengecas walaupun telah disambungkan dengan pengecas (lightning cabel) dan bekalan kuasa. Masalah ini dikenali sebagai #ChargeGate dan telah dibincangkan oleh seorang vlogger terkenal, Lewis Hilsenteger, melalui channel YouTubenya, Unbox Theraphy.

Walaupun ramai pengguna telah melaporkan perkara ini kepada pihak Apple melalui laman web mereka, tetapi tiada jawapan dan maklum balas yang diterima oleh pengguna. Oleh sebab itu, Lewis mengambil langkah untuk mendedahkan masalah ini dengan membuat video mengenainya.

Ada beberapa masalah yang dihadapi oleh pengguna, antaranya ialah bila mereka menyambungkan kabel pengecas dan iPhone berada dalam sleep mode, peranti itu tidak dapat mengenal pasti dan mengecasnya.

Ada yang mengatakan mereka perlu menyentuh skrin terlebih dahulu sebelum peranti tersebut mengenal pasti sumber kuasa dan mula mengecas. Masalah yang paling serius ialah peranti tidak dicas langsung walaupun mereka telah menyentuh skrin.

Lewis menguji beberapa buah iphone yang diletakkan dalam sleep mode untuk melihat perbandingan sekiranya disambungkan dengan pengecas. Ternyata memang ada beberapa buah peranti yang mempunyai masalah-masalah tersebut dan ada juga peranti yang boleh dicas seperti biasa.

Masih tidak dapat jawapan tentang bagaimana masalah ini boleh timbul. Adakah disebabkan perisian atau masalah kepada peranti itu sendiri?

Apa-apa pon pihak Apple masih belum menemui penyelesaiannya dan sama-sama lah kita nantikan jawapan dari pihak mereka.

 

Comments

comments