Isu Jalur Gemilang Masih ‘Panas’, Kini Bendera Perak Terbalik Pada Jersi Pemain

1157

Belum lagi reda isu kesilapan pada bendera kebangsaan, kini Malaysia Basketball Association sekali lagi menimbulkan kemarahan dengan isu bendera negeri Perak pula. Sebelum ini, mereka sudah membuat permohonan maaf di atas kesilapan pada Jalur Gemilang itu.

Baca: Tayang Jalur Gemilang Lima Bucu, Persatuan Bola Keranjang Malaysia Mohon Maaf

Kini kecoh pula apabila terdapat kesilapan pada bendera di jersi salah seorang pemain dimana bendera negeri Perak dilihat terbalik tidak seperti yang sepatutnya. Walaupun gambar tersebut telah dipadam dari Facebook MBA, namun gambar tersebut telah tersebar di media sosial.

bendera perak
bendera perak

Hanya satu jersi terbalik

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How memberitahu kesilapan itu hanya pada satu jersi pemain sahaja. Kalau dilihatkan, hanya seorang pemain iaitu pemain berjersi nombor 10 ini sahaja yang mempunyai bendera terbalik.

Kesilapan ini berlaku kerana kesalahan daripada syarikat pembekal itu sendiri.

negeri perak
Kredit: Twitter

Tetapi ramai yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku kerana terlalu kerap kesilapan seperti ini terjadi. Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut memberitahu kesilapan seperti ini tidak dapat diterima dan tindakan akan diambil.

Artikel berkaitan: “Budak 5 Tahun Pun Tahu Bendera Malaysia”, Syed Saddiq Tak Terima Alasan Tersilap Bendera

Comments

comments