Isu Pemalsuan Keputusan COVID-19 – Klinik Swasta di Rawang Buat Laporan Polis

Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius, ternyata masih ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan ini untuk memalsukan keputusan ujian COVID-19 demi mengurangkan kos saringan.

Menurut laporan Malaysiakini, seorang doktor dan pengasas SP Care, Dr Sathia Prakash Nadarajan telah mengesan kira-kira 20 kes pemalsuan keputusan COVID-19 sejak klinik beliau membuat ujian COVID-19 pada April lalu.

Untuk makluman anda, setiap individu mempunyai nombor rujukan yang berbeza. 

sumber – Malaysiakini

Isu kes pemalsuan makin berleluasa dimana beberapa pihak memalsukan atau menukar nama-nama individu dalam dokumen tersebut.

sumber – Malaysiakini, SP Care

Dengan memalsukan dokumen tersebut, pihak atau mana-mana syarikat boleh mengurangkan kos ujian saringan. Namun, tindakan tersebut berpotensi untuk menyumbang pada kenaikan kes positif jika laporan palsu dikeluarkan.

Dr Prakash juga telah mengambil inisiatif untuk mencipta sistem kod QR demi memastikan setiap kertas keputusan dijamin ketulenanannya.

Menurut Malaysiakini lagi, pihak yang ingi memeriksa individu tersebut hanya perlu mengimbas kod dan memasukkan nombor MyKad atau pasport yang membuat ijian serta nombor rujukan dari klini SP Care untuk mengenalpasti keputusannya.

Advertisement

Sumber : Malaysiakini

 

 

Comments