Isu Pukul Murid Hingga ‘Berbekas’, Guru Mengaku Salah Dan Menyesal

Isu murid dipukul

Setelah keterangan diambil polis, seorang guru yang didakwa memukul murid Tahun Tiga di sebuah sekolah di Kuala Kedah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah pada Khamis lalu, mengaku bersalah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan prestasi guru berkenaan sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi membuat keputusan.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman percakapan, guru terbabit mengaku menyesal dengan perbuatannya memukul murid berusia sembilan tahun itu sehingga cedera.

“Guru berkenaan mengaku melakukan perbuatan itu dan menyesal dengan tindakannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

murid dipukul guru

Ahmad Shukri berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Beliau berkata, kes masih disiasat dan tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini.

Terdahulu, seorang ibu mendakwa anak lelakinya cedera dipercayai dipukul gurunya dengan menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

BACA : Dipukul Guru Hingga ‘Berbekas’, Ibu Buat Laporan Polis Anak Cedera

Wanita berusia 32 tahun itu membuat laporan polis selepas mendapati lengan kiri, jari kiri dan muka sebelah kiri anaknya cedera ketika mengambilnya di sekolah pada jam 1 petang.

Alhamdulillah jika dah mengaku bersalah, harapnya kes sebegini tak berlaku lagi terutaman di peringkat sekolah rendah khususnya.

SUMBER

Comments

comments