Isu Rasisme Di Universiti, Pelajar Malaysia Menamatkan Riwayatnya Akibat Dibuli

19130

Sekarang ini semakin banyak kes buli yang berlaku dalam kalangan anak muda. Bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana sahaja pasti akan ada isu buli ini. Baru-baru ini tular pula kisah Jerusha Sanjeevi, pelajar Malaysia di Utah State University yang menamatkan riwayatnya akibat dibuli sekitar dua tahun lalu.

Pelajar PhD dalam bidang psikologi ini berterusan dibuli oleh rakan sekelasnya yang sering mengejek warna kulitnya dan statusnya sebagai orang Asia.

Namun yang mengejutkan mengenai kes ini apabila tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak universiti setelah menerima aduan tersebut. Malah, aduan yang dilaporkan pada profesornya tidak dilayan kerana hubungan baik profesor itu dengan ‘mereka’ yang membulinya.

Jerusha Sanjeevi pelajar malaysia
Cuba bayangkan individu yang diharapkan dapat membantu tetapi rupanya hanya buat tidak tahu saja mengenai kes buli ini. Selepas daripada itu, Sanjeevi cuba untuk mengurangkan jurang perbezaan budaya dengan menjemput mereka untuk perayaan Diwali namun keadaan hanya bertambah buruk.

Dilaporkan beliau telah bercakap dengan lima professor, pusat kaunseling universiti dan persatuan pelajar namun tiada tindakan yang diambil.

Jerusha Sanjeevi pelajar malaysia

“Setiap hari saya risau untuk pergi kelas kerana jarak diantara saya dan mereka hanya sejauh tiga kaki di dalam kelas.”

Pada 22 April 2017, Sanjeevi menamatkan riwayatnya kerana keracunan karbon monoxida. Kini, keluarganya yang diwakili oleh teman lelaki Sanjeevi menyaman pihak universiti di atas kejadian yang berlaku.

Sebelum menamatkan riwayatnya, Sanjeevi ada meninggalkan nota terakhir yang meluahkan kekecewaannya pada mereka yang mengabaikan laporan yang dibuat.

Apabila anda menolak laporan yang saya buat, seolah-olah memberikan kepastian apa yang saya lakukan untuk dapatkan keadilan ini tidak penting. Melihat pihak universiti tidak memberikan apa-apa tindakan pada mereka yang menindas saya, adalah penamat kepada segalanya. Tolong jadi lebih baik pada masa hadapan. Sampaikan abu saya kepada kedua orang tua saya.

Rasisme

via GIPHY

Kes rasisme berlaku dalam pelbagai cara yang melibatkan prejudis, diskriminasi dan kebencian disebabkan oleh warna kulit, etnik dan tempat kelahiran seseorang. Ianya bukan hanya melibatkan keganasan tetapi juga melalui verbal seperti gurauan kasar atau ejekan.

Tidak semua kes rasisme berlaku secara terang-terangan. Sebagai contoh, institusi atau syarikat yang tidak mengambil pekerja dari kaum yang berbeza juga dianggap sebagai rasisme.

Sumber: The star

Comments

comments