Isu Sukan Gimnastik Dan Gimrama Wanita, MSN Maklumkan Tiada Istilah ‘Ghairah’ Di Pentas Sukan

1805

Nampaknya Terengganu tetap dengan pendirian untuk menarik diri dalam dua bentuk sukan iaitu gimnastik dan gimrama wanita kerana tuntutan yang perlu dipatuhi atlet bercanggah dengan garis panduan ditetapkan kerajaan negeri.

Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri memaklumkan keputusan ini diambil selepas berdepan halangan dalam soal pakaian patuh syariah yang berlawan  peraturan ditetapkan persatuan berkenaan.

“Sukan-sukan itu bukan sahaja menuntut atlet melakukan aksi luar daripada kebiasaan tetapi menonjolkan aksi yang boleh mendatangkan ghairah kepada kaum lelaki.”

Beliau juga berkata selepas mereka dapat menyediakan pakaian yang mematuhi syariah barulah mereka akan mewajibkan atlet untuk memakai mengikut peraturan yang bakal mereka kuatkuasakan.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, tidak wajar bagi kerajaan Terengganu untuk mengenakan polisi ini kerana isu pemakaian adalah hak peribadi individu.

“Sukan adalah pentas para atlet mempamerkan displin diri dan semangat kesukanan yang tinggi, demi cita-cita untuk mengibarkan Jalur Gemilang di mata dunia.”

Manakala menurut Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq mereka akan berhubung dengan Exco Terengganu bagi membincangkan langkah kerajaan negeri itu yang sedang merangka garis panduan pemakaian patuh syariah bagi atlet.

Comments

comments