Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand Yang Mencuri Tumpuan Dunia

35

Susulan kejadian yang berlaku baru-baru ini di Christchurch sangat meruntun jiwa seluruh dunia termasuklah Perdana Menteri New Zealand sendiri.

Seorang yang bersifat berdedikasi dan komited dengan kerja, Jacinda Ardern telah mencuri hati seluruh rakyat di dunia tentang keperihatinan beliau dalam mengatasi isu tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch.

Mari kita selami kehidupan seorang Perdana Menteri termuda di New Zealand seusia 37 tahun pada Oktober 2017.

Beliau dilahirkan pada 26 Julai pada tahun 1980 di Hamilton, New Zealand. Dibesarkan di Murupara, sebuah bandar kecil yang paling terkenal sebagai pusat kegiatan geng Moari, di mana anda akan melihat anak-anak bermain tanpa kasut dan makan apa saja yang terhidang. Dalam keluarga yang serba kekurangan, beliau mencebur diri dalam bidang politik.

Menceburkan diri dalam bidang politik seawal usia 17 tahun

Anak kelahiran New Zealand ini menceburi dalam politik pada awal usia 17 tahun 1999. Beliau menyertai Parti Buruh dengan bantuan ibu saudaranya.  Tamat pengajian, beliau menjadi penyelidik untuk Ahli Parlimen Buruh, Phil Goff.

Sewaktu beliau melahirkan anak pertama, beliau sudah menjadi Perdana Menteri. Ramai yang menentangnya tetapi beliau sangat kuat untuk menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu dan pemimpin.

Segala stigma terhadap wanita perlu dihapuskan!

Ardern mengambil cuti bersalin selama enam minggu untuk menguruskan urusan anak sendiri. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Winston Peters memangku tugas sebagai Perdana Menteri.

Beliau telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa wanita boleh multitasking. Ia bukan menjadi satu halangan untuk seorang wanita bekerjaya untuk mejadi seorang ibu.

Walaupun kesibukkannya dalam mengurus sebuah negara tak membuat Jacinda lupa peranannya sebagai seorang ibu. Beliau akan pastikan sang buah hati mendapat perhatian sepenuh darinya.

Kredibiliti

Jacinda Ardern sebagai seorang pemimpin yang diuji dengan penembakan masjid yang menewaskan 49 orang meninggal dunia dalam insiden berkenaan. Beliau akan pastikan undang-undang bersenjata akan diubah untuk menjaga keselamatan rakyat di New Zealand.

Untuk mengungkapkan rasa sedihnya, beliau mengunjungi lokasi kejadian dan menemui ahli keluarga yang terkorban serta komuniti muslim sekitar Christchurch. Baru-baru ini beliau juga menyertai orang awam pada Ahad lalu selepas insiden tembakan menentang pemimpin Australia, Fraser Anning.

Rata-rata ramai pemimpin dunia bahkan seluruh dunia sangat berbangga dengan sikap kepimpinan yang ditunjuk olehnya berkaitan insiden penembakan itu.

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda