Jaguh Berbasikal Negara Jijoe Harumkan Nama Malaysia, Layak Digelar Pelumba Pecut Dunia

jaguh berbasikal negara

Sekali lagi Malaysia digemparkan dengan berita gembira iaitu jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang berjaya memenangi pingat emas dalam Kejohanan Pecut Victoria di Australia.

Twitter Team Malaysia berkongsi berita kejayaan itu yang memaparkan The Pocket Rocketman cukup sukar dikalahkan oleh pelumba lain yang menyertai kejohanan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi pelumba pecut negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom turut berjaya meraih pingat perak dalam acara berkenaan.

Azizul berjaya mencatatkan masa 10.126 saat pada acara perlumbaan itu walaupun masih jauh lagi berbanding catatan masa terbaiknya iaitu 9.548 saat tetapi masih sudah cukup untuk berada di kedudukan pertama di Velodrome Pusat Sukan Antarabangsa Darebin, Melbourne.

Advertisement

Azizulhasni Awang

Terdahulu, pelumba yang berasal dari Terengganu itu ialah satu-satunya pelumba negara yang pernah berada di ranking teratas dunia bagi dua acara Sukan Olimpik termasuk keirin di mana ia memberi gambaran pelumba basikal itu mampu mencabar dalam temasya sukan di Tokyo.

Selain itu, Azizul juga mengumpul 1,600 mata untuk menduduki tangga teratas yang mengatasi Fukaya (Jepun) yang berada di kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata berdasarkan kedudukan semasa Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

Lebih menggembirakan, atlet kelahiran Terengganu ini turut naik ke ranking kedua acara keirin dengan 1,740 mata dan hanya berbeza 50 mata berbanding jaguh Colombia, Kevin Chavarro dengan 1,790 mata manakala juara Asia, Yuta Wakimoyo berada di kedudukan ketiga dengan hanya 1,715 mata.

Sumber

Comments

comments