Jalur Gemilang Untuk Dikibar Bukan Jadikan Baju Setiap Kali Bulan Kemerdekaan

8127

Zaman sekarang kita sering lihat setiap kali bulan kemerdekaan bendera Jalur Gemilang diragakan dalam bentuk pakaiaan dengan gaya yang sangat kreatif. Ada yang jadikan baju kurung, dress, baju Melayu dan pelbagai lagi.

Jika dilihat memang cantik dan rakyat kita semuanya berjiwa  patriotiklah dengan mengayakan baju mengikut tema hari kemerdekaan.

gayakan bendera Malaysia sebagai tema baju

Tetapi tahukah anda, terdapat kreativiti lain untuk anda mengayakan bendera Jalur Gemilang ini tanpa perlu mecacatkannya langsung seperti yang kita telah lihat di media sosial.

Menurut seorang pengguna Facebook Haryantie Baharom, bendera Malaysia hanya boleh dikibar bukannya diubahsuai menjadi pakaiaan atau apa-apa sahaja.
diubahsuai bendera jadi pakaiaan

Jadi beliau menyeru agar semua warga Malaysia untuk tidak menjadikan Jalur Gemilang sebagai baju, alas meja dan seangkatan dengannya.

jangan jadikan jalur gemilang sebagai baju, alas mejad dan sebagainya

Jika anda terlibat dengan pertandingan memperagakan baju kemerdekaan, hasilkanlah baju bertema warna-warna Jalur Gemilang.

Bukan bendera Malaysia dijadikan baju

Kalau ada pertandingan baju kemerdekaan, sila hasilkan baju bertemakan warna-warna bendera Malaysia BUKAN bendera Malaysia kita dijadikan baju.

hasilkan baju tema warna Jalur Gemilang

Ingat anda dilarang MENGUNTING, MEMOTONG, MENCARIK, MEROBEK, DAN MENGHINA BENDERA NEGARA KITA!

Kenapa tidak boleh gunakan bendera Malaysia?

Ini kerana memotong kain bendera sahaja sudah membawa maksud menghina sebuah negara. Lebih teruk kalau bendera Malaysia dipotong dan dibuat pakaian.

Rata-rata netizen di media sosial bersetuju dengan pendapat beliau bahawa bendera Malaysia tidak boleh digunting.

Menurut seorang pengguna, negara lain tidak menggunakan bendera untuk diubah kecuali hari sukan.

Ada juga netizen yang mengatakan bahawa jika anda mencipta baju menggunakan warna bendera tidak salah. Yang salahnya apabila anda memotong bendera.

Jadi kepada semua masyarakat Malaysia, ketahuilah bahawa kita semua perlu menghormati bendera negara kita, jika kita tak hormat siapa pula yang nak menjaga kehormatan bendera Jalur Gemilang ini?

Nak berfesyen boleh tapi kena beragaklah dulu. Jangan main buat sahaja tanpa fikir.

Sumber: Facebook

Comments

comments