“Jam 12:30 Ambulans Sampai, Saya Mintak Mereka Off Siren Supaya Jiran Tak Cemas” – Ibu ini Kongsikan Pengalaman Melalui Proses Kuarantin COVID-19

Kami tidak dapat membayangkan perasaan ibu kepada anak kecil yang telah disahkan positif COVID-19.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh Nazra Azza, beliau mengkongsikan pengalaman atau “mimpi buruk” yang dialaminya sewaktu anaknya Zhafril Adam disahkan positif COVID-19.

Hari ni 9hb, genap sebulan ibarat mimpi buruk apabila anak saya, Zhafril Adam disahkan #covidfighter.

Sewaktu KKM menelefon saya untuk memberitahu keputusan second swab test; anak saya positif , waktu tu rasa nak terduduk, terus menangis.

Tak sangka sebab 1st swab kami sama sama Negative . Masa ni dah 10 hari kuarantin di rumah.

Ibu mana tak kecundang kalau anak sendiri positif COVID-19. Menurutnya lagi, beliau merayu pada KKM supaya dapat menemani anaknya. Mujur, KKM membenarkan dengan syarat swab sample semula dan bermula kiraan hari dengan 0 semula.

Demi anak yang tersayang, ibu ini sanggup melakukan apa sahaja.

Pukul 12.30 KKM, sampai di depan rumah tetapi ibu ini meminta agar siren dimatikan supaya tidak mencemaskan atau menakutkan jiran-jiran.

Advertisement
Kredit : Nazra Azza

Jam 1:30 mereka tiba di Hospital dan terus dibawa masuk ke bilik untuk kuarantin. Pada hari yang sama juga, KKM melakukan proses sanitasi di rumah.

Hari kedua, Adam dah start mengadu sakit tekak. Doctor datang cek darah dan suhu akan pantau semua progresif anak. Macam biasa covid ni takde ubat. 100% bergantung kepada kekuatan sistem imuniti badan.

Kredit : Nazra Azza

Masuk saja hari ke-4 Adam mengadu dah tak sakit tekak. Badan masih aktif. Menurut doktor, budak-budak cepat sikit sembuh kerana selepas 10 hari badan akan hasilkan antibodi baru.

Kredit : Nazra Azza

Apabila saya menjalankan ujian swab ke-3, Alhamdulilah, keputusan negatif. Dah 20 hari total saya duduk dalam kuarantin. Memang tepu dibuatnya. Sejuk tahap maksimum, 16 darjah celsius all the way memang 3-4 lapis selimut.

Alhamdulilah, Hari ke-9 keputusan terakhir masih negatif. Boleh discharge esok hari.

Kredit : Nazra Azza

Esoknya, KKM datang rumah dan cabut gelang pink. Baru la tamat proses kuarantin dan bebas. 

Kita ni sangka kita kuat, tapi ingatlah, COVID-19 ini tidak mengenal mangsa. Jaga SOP, jaga kebersihan, jaga jarak sosial.

Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan Allah. Alhamdulilah dan kami pun bersyukur Nazra dan keluarga kini sudah pulih sepenuhnya.

SUMBER

Comments