Jam Rolex Milik James Bond Dibida Dengan Harga RM1.17 Juta

678

Siapa yang tidak kenal dengan James Bond? Filem ini telah dikenali oleh semua orang di seluruh dunia dengan watak ejen perisik.

Bagi peminat filem ini pasti mereka akan perasan jam tangan yang digunakan oleh James Bond.

Untuk filem yang pertama, watak James Bond telah dibawa oleh Sean Connery dengan memakai seutas jam Rolex.

Rolex model siri Submarine

Ramai diantara kita tahu bahawa harga jam Rolex sangat mahal sehingga mencecah jutaan Ringgit.

Dalam filem James bond model jam yang dipakai olehnya ialah model siri Rolex Submarine 6538 dan mungkin telah dihasilkan pada tahun 1958.

Kini jam tangan Submarine itu sudah mula dilelong dan dibida sehingga mencecah $280,000 (RM1.17 juta).
Rolex Submarine dibida dengan harga RM1.17 juta

Bagi anda yang meminati jam tangan ini, anda boleh ke laman sesawang ini untuk mendapatkannya. Selain daripada jam tangan tersebut, beberapa jam tangan lain juga turut dilelong seperti Omega, Tag Heuer dan Patek Philippe.

 

Sumber: askmen

 

Comments

comments