Jambangan Bunga Di Olimpik Tokyo Beri Banyak Maksud

olympic victory bouquet

Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah melabuhkan tirai selepas 18 hari berlangsung ketika pandemik Covid-19.

Terdapat pelbagai kisah dan momen menarik perhatian warganet ketika temasya sukan tersebut berlangsung.

Selain pingat, para atlet turut dihadiahkan jambangan bunga apabila meraih kemenangan, baik berada di kedudukan pertama, kedua mahupun ketiga.

Advertisement

azizul hasni awang menang pingat

Tetapi, anda pernah terfikir atau tidak apa maksud di sebalik jambangan bunga yang diterima oleh para atlet?

Memetik laporan Astro Awani, di sebalik warna bunga yang ceria itu tersirat satu kisah duka rakyat Jepun yang ingin disampaikan melalui jambangan bunga itu.

olympic victory bouqet

Tumbuh di kawasan bencana 

Bunga-bunga yang cantik itu dipercayai tumbuh di kawasan timur laut Jepun dimana merupakan kawasan yang terjejas disebabkan musibah yang hampir mengorbankan 20,000 orang maut di wilayah Iwate, Fukushima dan Miyagi.

kawasan timur laut jepun

Ditanam di pelbagai kawasan 

Bunga-bunga yang dipenuhi dengan warna hijau, kuning dan biru ditanam di pelbagai kawasan di Jepun seperti Iwate, Fukushima da Miyagi. Memang cantik sangat warna-warna bunga ini!

Tanam benih untuk mengenangkan pemergian anak

Kalau anda perasan, pada jambangan bunga tersebut terdapat bunga matahari yang mewakili wilayah Miyagi.

Di wilayah tersebut, ibubapa telah menanam benih bunga itu bertujuan untuk mengenang anak-anak mereka yang terkorban dalam bencana berkenaan.

miyagi japan

Mereka memilih kawasan lereng bukit untuk menanam benih-benih itu kerana lokasi itu merupakan tempat anak-anak berlindung semasa tsunami.

Fukushima sebagai inisiatif sokongan terhadap ekonomi tempatan

Bunga lisianthus yang berwarna ungu dan ‘Solomon’s seal’ mewakili Fukushima merupakan salah satu daripada inisiatif negara Jepun untuk menyokong ekonomi tempatan.

Bunga biru menerangi kawasan bencana

Bunga berwarna biru yang disebut gentians mewakili Iwate kerana tumbuh di kawasan persisiran yang terjejas pada bencana 2011.

gentians flower

Bunga yang mewakili temasya sukan 

Bunga lain yang terdapat dalam jambangan bunga itu ialah aspidistras hijau yang mewakili Tokyo, tempat Sukan Olimpik diadakan.

Dalam hal ini, dapat dilihat Sukan Olimpik Tokyo 2020 membawa pelbagai mesej yang tersirat untuk masyarakat di seluruh dunia.

Bermula daripada penggunaan katil kadbod dan pembuatan pingat pemenang daripada bahan kitar semula memberi kesedaran kepada rakyat di seluruh dunia untuk sentiasa mencintai alam sekitar.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERAstro Awani

Comments