Jambatan Pulau Pinang Sesak Dengan Kereta, Orang Ramai Melanggar Perintah Kawalan Pergerakan

jambatan pulau pinang

Belum selesai dua minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, tetapi orang ramai telah membanjiri Jambatan Pulau Pinang untuk keluar daripada negeri berkenaan. Jika sebelum ini, orang ramai bersesak pulang ke kampung halaman tapi kini ada pula yang ingin pulang ke rumah masing-masing.

Baca: Orang Ramai Berpusu-Pusu Ke Balai Polis, Arahan Isi Borang Ke Luar Negeri Ditarik Balik Untuk Sementara Waktu

Hari ini, Jambatan Pulau Pinang sesak dengan ribuan kenderaan yang ingin keluar dari negeri tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk memandangkan sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak polis buat masa ini. Pihak polis telah melarang orang ramai untuk keluar daripada negeri itu melainkan beberapa pemandu sahaja yang dibenarkan.

sekatan jalan raya
Sumber

Orang ramai diminta untuk menahan diri dari keluar negeri dan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan sebelum ini. George Town OCPD Asst Comm Soffian Santong memberitahu sekatan jalan raya yang dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Salah seorang kakitangan sebuah organisasi penyelidikan di Batu Maung yang di dalam perjalanan ke tempat kerja memberitahu kesesakan tersebut berlarutan selama hampir dua jam. Terlalu ramai yang ingin menyeberang sehinggakan mereka yang terpaksa bekerja turut sama tersangkut di dalam kesesakan itu.

Biasanya, saya hanya mengambil masa 30 minit untuk tiba di tempat kerja saya. Sekatan jalan dari Tesco Egate ke persimpangan menuju ke tanah besar atau Bayan Lepas.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar daripada rumah masing-masing apatah lagi keluar negeri melainkan atas tujuan kecemasan. Hanya yang berkaitan dengan perkhidmatan penting negara sahaja yang dibenarkan keluar menjalankan tugas buat masa ini.

Artikel berkaitan: KKM Melabelkan Enam Kawasan Mempunyai Lebih 40 Kes COVID-19 Sebagai Zon Merah

Sumber

Comments

comments