Jamie Oliver Akan Membuka Restoran Pertamanya Di Malaysia

Pastinya ramai yang mengenali chef selebriti British terkenal, Jamie Oliver melalui program siri masakan The Naked Chef. Jamie turut mempunyai rangkaian restoran makanan yang dikenali sebagai Jamie’s Italian.

Kini berita baik buat yang ingin mencuba menu masakan Jamie Oliver, anda tidak perlu lagi ke luar negara kerana restoran pertama Jamie’s Italian akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Shukrie Mohd Salleh, mengesahkan mengenai perkara ini. Namun, tidak banyak yang dinyatakan selain hanya memberitahu bahawa ia sedang di dalam proses.

Sebelum ini, cawangan restoran Jamie’s Italian yang terdekat ialah di Singapura iaitu di Forum The Shopping Mall, serta Restoran Jamie Oliver Kitchen di pantai Kuta di Bali dan Bangkok.

 

View this post on Instagram

 

What are your dinner plans? #Repost @foodilicious_diva ??? ?Media Drop? It’s TGIF! My family usually goes out every Friday night to dine and unwind. Since the #circuitbreaker in placed, we can’t do that anymore. And Jamie’s Italian saves the day! As @jamiesitaliansg comes right to your door step. .

A post shared by Jamie’s Italian Forum (@jamiesitaliansg) on

Mohd Shukrie turut menambah pada ketika ini pihak mereka sedang menambah baik segala perkhidmatan yang ada di KLIA. Dia berkata setelah perjalanan antarabangsa dibenarkan semula, pastinya pengguna akan mendapat keselesaan yang lebih sewaktu berada di KLIA.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments