Jangan Hina ‘Mat’ Basikal Lajak, Tetapi Cungkil Hobi Mereka- Syed Saddiq

901

Isu basikal lajak sejak dua menjak ini menjadi perbualan di Malaysia selepas Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 28 Oktober lalu membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal.

Baca ini: Keluarga mangsa terkilan pemandu dibebaskan

Setiap hari, isu ini menjadi perbualan ramai pihak mengenai remaja dan basikal lajak yang kerap dibincangkan.

Terkini, Syed Saddiq berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyifatkan hobi remaja basikal lajak boleh diubah menjadi sesuatu yang positif dan bermanfaat kepada remaja ini tanpa mendikriminasi dan mengetepikan mereka.

Saya dikutuk kerana mengambil pendirian untuk membimbing dan bukan menghukum.

Dari terus menghina mereka, saya pilih untuk melatih mereka dengan pendidikan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional).

Dikritik

Syed Saddiq berkata, ada segelintir dari kita yang suka menghukum dan gagal untuk membimbing remaja ini yang memerlukan bantuan dari kita semua.

Mereka ini adalah tanggungjawab kita bersama.

Langkah mendekati komuniti remaja yang terlibat dengan aktiviti basikal lajak juga katanya akan terus dilakukan bagi memastikan golongan ini mampu berjaya dalam kehidupan.

Antara program yang akan dijalankan bagi tujuan tersebut adalah melatih remaja dengan pendidikan TVET serta memasukkan mereka ke dalam Program Pembangunan Berbasikal Negara.
program bersama remaja basikal lajak

Syed Saddiq juga berkata, beliau mahu remaja ini dapat mengasah bakat mereka dalam bidang ini dengan selamat.

“Saya mahu mereka berbasikal dengan selamat dan mengasah bakat mereka dengan cermat.

Saya tidak mahu lihat tragedi yang sama berulang. Kehilangan nyawa yang menyedihkan semua. Kita harus belajar dari kesilapan.

Semoga usaha Syed Saddiq dapat mengubah masa depan remaja ini menjadi lebih baik dan bermanfaat kepada mereka dan Malaysia.

 

Sumber: Facebook Syed Saddiq, Malaysia Kini

Comments

comments