Jangan ‘Left Group’ WhatsApp Sesuka Hati…

686

WhatsApp telah menjadi antara medium komunikasi yang penting pada waktu ini. Semua sudah tahu yang aplikasi ini menyediakan kemudahan perbualan dalam kumpulan atau group chat. Apa sahaja perbincangan pastinya akan dibuat melalui group WhatsApp, sama ada group untuk kerja atau berborak kosong dan bergosip.

Pasti ada antara anda atau kenalan yang selalu keluar masuk group kan? Mungkin sebab terasa hati atau tidak suka topik yang dibincangkan.

Namun baru-baru ini WhatsApp telah menambah ciri-ciri terbaru untuk aplikasi ini. Sekiranya anda telah keluar dari sesuatu group, admin group tersebut tidak boleh menjemput anda masuk kembali.

Dah left tak boleh masuk balik, biar betul?

Ramai netizen yang terkejut dengan update terbaru ini. Perkongsian oleh seorang pengguna twitter, Wanie, telah berkongsi informasi ini di akaunnya dan mendapat lebih 12k retweet.

Menurut gambar yang dikongsi, sistem whatsApp akan berubah selepas dikemas kini. Sistem baru itu tidak membenarkan admin memasukkan semula sesiapa yang telah keluar dari group tersebut.

Jadi untuk membuktikannya, wanie cuba membuat satu group percubaan dan memang terbukti admin tidak boleh masukkan kembali ahli-ahli yang sudah keluar.

Nampak macam leceh je kan? Tetapi apa macam mana perkara ini boleh berlaku? Perkara ini cuma akan belaku sekiranya admin dan ahli group tersebut telah mengemas kini versi terbaru whatsApp mereka.

Sebenarnya masalah ini boleh diselesaikan dengan dua cara iaitu pertama, dengan menghantar invitation link kepada orang tersebut menerusi mesej peribadi (direct message).

Kedua, cara yang lebih mudah, anda hanya perlu tunggu beberapa ketika sama ada 10 hingga 15 minit atau lebih untuk menjemput kembali mereka yang telah keluar itu. Sistem terbaru ini hanya mengehadkan fungsi admin untuk menambah ahli yang telah keluar tadi dengan  serta-merta.

Jadi kalau anda suka keluar masuk group sesuka hati, mungkin selepas ini perlu fikir betul-betul sebelum buat keputusan ya.

 

Comments

comments