Jangan Rentas Daerah Dan Negeri, Ambil Iktibar Dengan Kes Lonjakan Selepas Aidilfitri – Ismail Sabri

rentas negeri sambut perayaan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengingatkan supaya rakyat Malaysia untuk tidak merentas daerah dan negeri semasa sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.

Menerusi laporan Astro Awani, seluruh negara termasuklah yang berada di Fasa 1 atau Fasa 2 masih belum boleh berbuat sedemikian. Tambahnya, beliau turut menggesa supaya masyatakat mengambil iktibar dengan apa yang berlaku selepas ada individu yang merentas daerah dan negeri semasa sambutan Aidilfitri lalu.

Walaupun SOP tidak membenarkan untuk merentas daerah dan negeri, tetapi masih ada segelintir individu yang ‘senyap-senyap’ balik ke kampung untuk meraikan perayaan tersebut.

rentas negeri
Gambar Hiasan

“Jika dilihat berhubung kes rentas negeri semasa perayaan Aidilfitri lepas contohnya di Terengganu, seluruh keluarga dijangkiti Covid-19 dan ada yang meninggal dunia. Diharap kes-kes seperti ini jadi iktibar untuk semua”

Tambahnya, beliau menasihati supaya masyarakat agar tetap bersabar dan menunggu sehingga negara sudah mencapai imuniti kelompok untuk kebenaran merentas daerah dan negeri di Fasa 3 dan Fasa 4.

Advertisement

“Tolonglah jangan rentas negeri dan daerah. Kalau vaksin dah dapat kita akan berikan kepada rakyat dan ketika imuniti kelompok sudah dicapai pada Fasa 3 dan Fasa 4 rentas daerah dan negeri akan dibenarkan” – Ismail Sabri

Beliau juga turut menyatakan Fasa 3 akan dibenarkan untuk rentas daerah dan Fasa 4 dibenarkan untuk rentas negeri.

Sumber

Comments