Jangan Sakan Nak Holiday Je, Waspada Dengan Pencuri Dalam Pesawat

Rata-rata dari kita akan membawa barangan berharga semasa bercuti seperti gajet seperti kamera dan juga wang tunai.

Rata-rata dari kita beranggapan bahawa penyimpanan barangan peribadi di ruang penyimpanan atas tempat duduk dikatakan selamat adalah salah sama sekali.

Menurut kenyataan di Facebook PDRM, penumpang yang menaiki mana-mana penerbangan dinasihatkan untuk menyimpan barangan berharga pada ruang hadapan kerusi masing-masing.

Ini kerana ramai penumpang penerbangan dilaporkan mengalami kecurian barang peribadi yang diletakkan di tempat bagasi kabin.

Advertisement

Aktiviti tersebut dipercayai dilakukan oleh sindiket yang beroperasi di China, Hong Kong dan Vietnam bagi menjalankan kegiatan mencuri barang peribadi penumpang di atas pesawat.

Ahli sindiket menyasarkan penumpang yang leka atau sedang tidur sebelum mengambil beg yang disimpan di ruang atas tempat duduk.

ambil beg pada penumpang yang sedang leka

PDRM mengatakan bahawa para penumpang yang menaiki mana-mana penerbangan dinasihatkan untuk:

1. Menyimpan barangan berharga pada ruang hadapan kerusi masing-masing.
2. Sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling.
3. Pastikan beg yang dibawa berkunci dan miliki ciri yang mudah dikenal pasti (warna, bentuk, tag nama).
4. Simpan wang dan kredit kad yang dibawa dalam beg yang berasingan.
5. Jika ingin menyimpan beg di tempat simpanan bagasi, letakkan secara bertentangan agar mudah diperhati.
6. Laporkan segera kepada kru penerbangan jika mensyaki terdapat individu yang mencurigakan di dalam pesawat.

Pada tahun lepas seorang penumpang penerbangan yang dikenali sebagai Faiz Mokhtar bersama rakannya berjaya mencekup seorang lelaki yang dipercayai ahli sindiket mencuri barangan peribadi dalam pesawat.

Beliau telah menulis kisah ini di status Facebook menceritakan kejadian itu dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam.

Dalam statusnya pada tahun lepas, Faiz menceritakan bahawa lelaki tersebut telah mencuri beg rakannya yang disimpan di ruang atas tempat duduk.

Perbuatan pencuri ini telah dimaklumkan kepada kru di dalam penerbangan tersebut dan mereka membuat panggilan bantuan kepada pihak keselamatan lapangan terbang dan pihak polis.

 

Hati-hati semua semasa bercuti itu, jangan excited sangat sampai tak sedar barang peribadi hilang.

 

Sumber gambar: Facebook PDRM

Comments

comments