“Jangan Sangka Kau Bertudung, Kau Baik, Kau Lagi Mulia,” Akak Bawang Surau Dibidas

52


Siapa pun kita, walau jika kita pendosa, kita tetap dituntut bersolat kerana kita hamba-Nya. Jika cara berpakaian dan penampilan tidak mencerminkan seorang muslimah dalam erti kata sebenarnya, kita diwajibkan menyembah Allah jua.

Mungkin itu yang berada dalam fikiran seorang wanita yang didakwa krew penerbangan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah yang dikatakan memasuki sebuah surau untuk bersolat.

Bagaimanapun, sikap di kalangan Muslimah yang berada di surau sendiri yang gemar menghakimi bukanlah sikap yang terpuji. Itu apa yang diceritakan oleh seorang Netizen. Ikuti kisahnya:


Dia juga meminta orang ramai agar tidak memandang hina mereka yang bekerja sebagai krew penerbangan.

Apa yang diperkatakan itu ada benarnya. Kita menganggap kerja kitalah yang paling susah dan teruk. Kita memandang sepi kesusahan kerja-kerja lain yang mungkin kita tidak nampak dan pandang enteng. Mana-mana kerja pun ada kesusahan dan cabarannya.

Bersama kita berusaha untuk menghormati antara satu sama lain dan menjadi insan lebih baik. Bantulah manusia agar dapat menyembah tuhannya dengan lapang dada sempurna. – amazingnara.com

 

Tinggalkan komen anda