Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Model Terbaru Samsung Galaxy A52

Gaya hidup masa kini membuatkan telefon pintar menjadi satu keperluan yang sangat penting.

Jika dahulu telefon pintar hanya dianggap sebagai alat untuk berhubung. Kini, ia mula berkembang sebagai medium pembelajaran, bekerja, jual beli dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan model terbarunya daripada Siri A iaitu Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Team Amazing Nara bertuah kerana kami menerima seunit Galaxy A52. First impression dengan A52 ni, kami jatuh cinta pandang pertama.

Advertisement

Plihan warna pastel yang trendy

Pilihan warna bagi telefon pintar adalah subjektif, selalunya hanya model telefon pintar yang berspesifikasi tinggi akan hadir dengan pilihan warna selain hitam dan putih.

Namun kali ini, Samsung Galaxy hadir dengan pilihan warna menarik untuk telefon pintar mid-rangenya. Terdapat 4 pilihan warna yang ditawarkan iaitu biru, ungu, hitam dan putih.

Team AN paling gembira sebab kami dapat Galaxy A52 berwarna ungu. Memang cun habis.

Charger masih disediakan untuk siri A

Perkara pertama yang kami yakin ramai nak tau, untuk model A ni ada charger tak? Jangan risau, charger dan kabel penyambung masih disediakan.

Bateri untuk A52 ni juga berkapasiti lebih besar iaitu 4500mAH yang boleh bertahan sehingga 2 hari bergantung kepada penggunaan.

Anti debu dan kalis air

Sebelum buka telefon pintar ni perkara pertama yang menarik perhatian kami ialah label IP67, yang menyatakan telefon pintar ini kalis air dan debu. Nak tau betul ke tidak, nanti kami buat eksperiman ya.

Hadir dengan kuad kamera

Galaxy A52 hadir dengan kuad kamera dengan resolusi 64MP. Kameranya yang boleh dizoom sehingga 10 kali boleh dikatakan  sebagai pencapaian terbaik untuk telefon jenis mid-range.

Kami ada juga try merakam video menggunakan kamera ni, hasilnya kami kagum dengan kualiti video 4K. Rasa macam guna telefon pintar berspesifikasi tinggi.

Kemasan matte

Paling kami kagum dengan Galaxy A52 , kemasan akhirnya ialah matte.

Tiada kesan cap jari yang ditinggalkan pada bahagian belakang telefon, kalau tak pakai casing pun tak perlu risau. Barulah senang nak show off warna phone.

Skrin yang lebih lebar

Untuk Samsung Galaxy A52 ia hadir dengan skrin 6.5 inci dan paparan Infiniti-O. Untuk sistem sekuritinya, korang juga boleh menggunakan pengesanan cap jari atau muka. Hebat kan?

Ni baru pandang pertama kami lepas unboxing. Kalau korang nak tau mengenai spesifikasi dan pengalaman kami gunakan produk ni. Stay tuned untuk next article tau.

Maklumat lanjur mengenai Samsung A52 korang boleh klik di SINI.

 

Comments

comments