Jemaah Menteri Setuju Darurat, PM Dijangka Mengadap Agong?

Berikutan kes positif COVID-19 dilihat semakin meningkat, kabinet kini difahamkan telah bersetuju dengan pelaksaan darurat bagi menangani penularan wabak berkenaan.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Menurut laporan Malaysiakini, seorang menteri yang enggan namanya didedahkan memaklumkan supaya menunggu sahaja pengumuman lanjut dilaksanakan kelak.

“Tunggu pengumuman,”

Dalam pada itu, memetik sumber daripada The Malaysian Insight, jemaah menteri yang bermesyuarat hari ini telah memutuskan untuk mencadangkan hal berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menguatkuasakan perintah darurat di tengah-tengah ketidaktentuan politik dan pandemik Covid-19.

Advertisement

Bagaimanapun, sehingga kini keputusan rasmi berkenaan perintah darurat masih belum diumumkan.

Sumber: Malaysiakini, The Malaysian Insight

Comments

comments