Jenazah Mangsa COVID-19 Selamat Dikebumikan Dengan Kawalan Ketat Kakitangan Hospital

pengebumian

Malaysia mencatatkan dua kematian pertama akibat wabak COVID-19 semalam di Sarawak dan Johor Bahru semalam. Kematian pertama oleh mangsa berusia 60 tahun dari Sarawak manakala kematian kedua merupakan kes ke-178 dimana mangsa pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Baca: Kementerian Kesihatan Umumkan Kematian Pertama COVID-19 Di Malaysia

Urusan pengebumian jenazah berusia 34 tahun yang meninggal di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selamat dikebumikan kira-kira pukul 9 malam tadi di tanah perkuburan Islam di Johor Bahru. Suasana sedih menyelubungi kawasan perkuburan tersebut di mana keluarga dan rakan terdekat hanya dapat melihat dari jauh sahaja.

Seramai 10 petugas dipercayai kakitangan hospital dilihat lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) ketika urusan jenazah dilakukan.

jenazah covid-19
Sumber
jenazah covid-19
Sumber

Semasa urusan pengebumian dijalankan, isteri dan anak allahyarham tidak dibenarkan terlibat kerana masih lagi dikuarantin di Hospital Permai. Para wartawan yang berada di lokasi pengebumian juga tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan dan diminta menjarakkan diri pada kedudukan 50 meter.

Advertisement

Mangsa merupakan salah seorang peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini dan disahkan positif COVID-19 pada 12 Mac yang lalu. Mangsa yang mula bergejala pada 5 Mac menerima rawatan di Hospital Permai dan kesihatannya semakin merosot sehingga dimasukkan ke ICU.

Artikel berkaitan: Tiga Yang Terlibat Menghadiri Ijtimak Tabligh Disahkan Positif COVID-19 Di Sarawak

Sumber

Comments