Jepun Pamerkan Kereta Terbang, Pengeluaran Besar-Besaran Mulai 2026

1200

Pasti anda semua masih menunggu untuk melihat kereta terbang pada masa akan datang. Dimana, ramai diantara kita masih menganggap ia adalah satu perkara yang mustahil.

Mana tidaknya, ia sememangnya tidak pernah wujud sebelum ini, malah dilihat seperti tidak relevan untuk mempunyai kenderaan seperti itu bagi kegunaan ramai.

Di Jepun syarikat NEC Corp telah melakukan ujian kereta terbang di Tokyo pada minggu ini.

ujian kereta terbang di Tokyo minggu ini

Peranti itu awalnya merupakan dron besar yang dikuasakan oleh sebiji bateri, dilengkapi empat kipas dan mampu membawa penumpang.

Semasa ujian kereta ini dilakukan, kereta itu diterbangkan 3 meter dari atas tanah selama seminit, sebelum ia turun ke tanah semula.

Bagi memastikan ujian berjalan lancar, ia dilakukan di dalam kurungan yang besar dan tali diikat pada kereta tersebut.

Kouji Okada adalah orang yang mengetuai projek kereta terbang ini berkata:

Jepun adalah sebuah negara dengan penduduknya yang padat dan penghasilan kereta terbang dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas setiap hari.

Kami telah memposisikan diri kami sebagai penyumbang kepada mobiliti udara, menyediakan data dan membina komunikasi infrastruktur untuk kereta terbang.

Pengeluaran kereta terbang secara besar-besaran tahun 2026
Menurut pengasas bersama Cartivator, Tomohiro Fukuzawa, rakan projek itu akan memulakan pengeluaran secara besar-besaran pada 2026.

Harap-harap Malaysia juga ada kereta terbang supaya kesesakan jalan raya dapat dikurangkan setiap hari.

 

Sumber: Mirror 

 

Comments

comments