Jika Masih Berdegil Untuk Keluar Tanpa Sebarang Alasan Kukuh, Polis Minta Anda Bersedia Untuk Ditangkap

lokap

Tindakan yang tegas akan diambil terhadap mereka yang masih meninggalkan rumah mereka tanpa alasan yang kukuh semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih berlangsung. Pihak berkuasa telah diberi lampu hijau untuk memastikan pematuhan perintah yang ketat dengan tujuan untuk meminimumkan penyebaran wabak COVID-19.

Baca: (TERKINI) Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dilanjutkan Lagi

Setakat ini, 110 individu telah ditangkap kerana melanggar perintah sepanjang seminggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Lebih mengejutkan, kesemua yang ditangkap bukan sahaja memberontak terhadap perintah yang dijalankan namun turut juga melemparkan kata-kata ugutan dan cacian terhadap anggota pihak berkuasa yang bertugas.

Pihak polis memberi amaran awal kepada semua rakyat Malaysia yang masih menganggap diri mereka kebal dan tidak akan dijangkiti virus tersebut supaya bersedialah untuk ditangkap dan menghabiskan beberapa malam di lokap polis.

Selain itu, amaran juga diberikan kepada individu yang menjalankan perniagaan yang tidak bertanggungjawab yang cuba membuat keuntungan cepat dengan keadaan peningkatan akibat pandemik Covid-19.

Advertisement

Hampir kira-kira 370 kertas siasatan telah dibuka dan antaranya melibatkan kes penipuan wang dan penipuan jual beli. Hasilnya, 25 penangkapan telah dilakukan dan 11 lagi dituduh di mahkamah.

sekatan jalan raya

Kerugian yang dialami berdasarkan kesemua laporan yang diterima dalam anggaran RM3 juta. Oleh sebab itu pasukan di Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial mengambil serius akan perkara ini.

Pihak polis mendedahkan bahawa kira-kira 42,000 kakitangan terlibat dalam menguatkuasakan perintah tersebut dengan mengadakan sekatan di jalan raya dan juga mengendalikan tugas-tugas jenayah yang lain.

Sumber

Comments

comments