Jiran Lapor Polis Bau Mayat, Rupanya Belacan

1325

Masakan di Malaysia semuanya sangat sedap dan enak. Tetapi yang sedap-sedap ini selalunya berbau busuk dan nikmat dia tuhan sahaja tahu. Contohnya sambal petai udang dimakan dengan nasi putih.

Gara-gara memanggang belacan di pangsapuri di luar negara, seorang pengguna Twitter nyaris ditangkap susulan jiran-jirannya yang mendakwa mereka terhidu bau mayat.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Thezulfo berkongsikan kisah bagaimana rakan isterinya disiasat polis Perancis kerana membakar belacan.

Pengalaman kawan isteri aku yang tinggal di Perancis, dia excited dapat belacan, lepas tu grill belacan di apartmen sebab nak buat sambal belacan.

Sekali polis ketuk pintu nak siasat sebab ada terima report dari kejiranan ada bau mayat,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya.

 

Betul ke belacan ni berbau macam mayat? Apa pendapat anda?

Comments

comments