John Cena Sah Berlakon Dalam Filem Fast&Furious 9 Dengan Vin Diesel!

1595

Sebelum ini Dwayne Johnson dimasukkan  ke dalam Fast&Furious world in Fast Five dan ianya mengubah strategi filem tersebut. Kini bintang WWE, John Cena telah mengesahkan akan berlakon dalam filem aksi kereta, ‘Fast & Furious 9’.

Pada minggu lepas, Cena yang membintangi filem Bumblebee telah diumumkan sah berlakon dalam dalam filem Fast&Furious 9.

Beliau turut berkongsi berita itu di laman Twitternya dua hari lalu, Cena atau nama sebenarnya John Felix Anthony Cena Jr., 42, sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada barisan pelakon filem franchise itu.

Hampir 20 tahun, franchise Fast & Furious telah mengembirakan ramai peminat. Ianya adalah satu penghargaan kerana dapat sama-sama menyertai franchise dan keluarga ini.

Berita baik itu disambut dengan ratusan komen positif daripada peminat filem dan Cena sendiri.

Menerusi filem arahan Justin Lin ini, watak Cena masih belum didedahkan tetapi difahamkan Cena akan memainkan watak seorang ‘badass’.

Filem ini akan memulakan sesi penggambarannya tak lama lagi dan akan berada di pawagam pada 22 Mei 2020.

Terdahulu, Dwayne ‘The Rock’ Johnson merupakan bintang WWE pertama yang berlakon dalam filem itu.

Namun, tiada sebarang adegan pertempuran di antara dua jaguh ini kerana The Rock tidak akan terlibat dalam siri ke-9 ini.

Difahamkan, Vin Diesel dan The Rock tidak lagi ‘sekepala’ selepas Vin Diesel tidak selesa dengan kehadiran Dwayne dalam siri Fast & Furious.

Uish, tak sabar nak tengok Cena berlakon dalam ‘Fast & Furious 9’ tahun depan!

Comments

comments