Jom Amalkan Minum Susu Kurma Semasa Bersahur, Confirm Kenyang Satu Hari Puasa

6503

Setiap kali menjelang Ramadan, buah kurma pasti akan menjadi popular dan buruan ramai.

Menurut kajian, permintaan terhadap buah kurma di Malaysia meningkat menjelang bulan puasa. Namun, tahukah anda bahawa kurma sangat bagus dimakan sepanjang masa?

Pernahkah anda dengar kisah tentang Maryam yang hanya makan buah kurma sewaktu melahirkan Nabi Isa? Jadi khasiat kurma ini memang tiada tandingannya.

Baru-baru ini seorang warga Facebook, Nana Ruzana berkongsi petua tahan lapar semasa berpuasa ketika beliau sedang hamil dan menetap di luar negara yang puasanya lebih dari 19 jam berbanding di Malaysia.

Apa yang beliau beritahu, mengamalkan minum susu kurma sewaktu bersahur akan membuatkan perut berasa kenyang sepanjang hari walaupun tidak makan nasi.

Bukan itu sahaja, badan anda kurang berasa letih dan sewaktu berbuka puasa tidak rasa nak terkam nasi.

Sekarang di pasaran memang banyak menjual susu kurma yang terdiri daripada pelbagai jenama. Tetapi apa kata anda sendiri membuatnya dengan mengikut resipi yang telah dikongsikan oleh beliau.

susu-kurma-1542880436-12a84a46

Apa yang anda perlukan untuk buat susu kurma?

  1. Kurma 5 biji (Bergantung kepada anda semua nak letak kurma banyak mana tetapi digalakkan letak dalam bilangan ganjil ikut sunah nabi.)
  2. Air masak setengah cawan
  3. Susu segar satu cawan

Bagaimana nak membuat susu kurma? Mudah sahaja

  1. Kurma haruslah dibuang biji dan isinya dicarik-carikkan.
  2. Rendamkan kurma dalam setengah cawan air masak sehinga kembang. Cadangan: Rendamkan kurma selepas berbuka puasa dan minumlah semasa anda sedang bersahur keesokannya.
  3. Kisarkan kurma yang sudah mengembang bersama secawan susu segar. Minumlah ketika penutup sahur.
  4. Ingat semasa minum susu kurma jangan lupa berselawat keatas nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa kita.

Apalagi, sesiapa yang sering gastrik tu boleh cuba cara ini supaya perut anda kekal kenyang dan akan bertenaga manjalani aktiviti seharian semasa bulan puasa ini.

Jangan lupa cuba resepi ini.

Comments

comments