Jom Tengok Antara Tempat ‘Rare’ Yang Patut Anda Kunjungi Semasa Bercuti Di Thailand

1214

Thailand sering menjadi lokasi percutian untuk rakyat Malaysia dan antara lokasi yang sering dikunjungi ialah Krabi, Hatyai dan Phuket. Tetapi disebabkan dah terlalu ramai rakyat Malaysia ke sana mesti anda pun sudah berasa bosan untuk ke sana kan?

Jadi disebabkan itu, kali ini kami kongsikan kepada anda antara kafe menarik yang boleh anda kunjungi di Phattulang, hanya 100km dari Hatyai.

Bing Na Cafe

hiasan dalaman bing na cafe
Kredit: Facebook Bing Na Cafe

Kafe yang terletak di tengah sawah ini sering menjadi lokasi tumpuan pelancong untuk mendapatkan gambar yang menarik. Konsep berlatar belakangkan alam sekitar ini pastinya sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan sambil menikmati kopi dan manisan enak.

seorang wanita berdiri berlatar belakang sawah
Kredit: Facebook Bing Na Cafe
seorang wanita bersama anaknya duduk di buaian kayu
Kredit: Facebook Bing Na Cafe

Kalau nak tengok suasana sekitar kafe ini, jom tonton video yang diambil oleh salah seorang pengunjung Bing Na Cafe ini.

Sampaothai

sampaothai di pathhulang thailand
Kredit: Readme.me

Menggabungkan kafe dan juga chalet, Sampaothai terletak di tengah-tengah sawah dimana anda boleh menikmati pemandangan alam sekitar dengan lebih dekat.

Bayangkan bila bangun tidur sahaja anda dapat melihat pemandangan sawah padi depan mata. Best nya…

chalet kayu di tengah sawah
Kredit: Readme.me
jambatan kayu di tengah sawah
Kredit: Readme.me
buaian kayu berlatar belakang sawah
Kredit: Readme.me

Untuk mereka yang ingin menghilangkan stress dan melupakan segala masalah yang anda ada, tempat ini sangat sesuai untuk anda tenangkan fikiran.

Route 41

bangunan route 41 cafe
Dikenali sebagai main street atau jalan utama selatan Thailand dan salah satu lebuh raya asal dalam Sistem Lebuhraya Thailand.  Merupakan tempat perhentian atau persinggahan utama mereka yang menggembara dan mempunyai perkhidmatan restoran, kedai kopi, cenderahati dan pasar mini.

Kalau anda nak tahu, tempat ini memang popular di kalangan bikers dan terutamanya dari Malaysia sendiri. Bila dah penat bawa motor, di sinilah tempat mereka singgah untuk minum kopi.

sekumpulan bikers bergambar di hadapan route 41 cafe
Kredit: Facebook Route41 Phatthalung

Yang bukan bikers pun boleh lah singgah sekali sebab dekorasi tempat ini memang cantik seperti berada di pekan koboi.

sekumpulan wanita dan lelaki bergambar di dalam kafe
Kredit: Facebook Route41 Phatthalung
kopi dan sepinggan roti bakar
Kredit: Facebook Route41 Phatthalung
kopi ais di dalam cawan plastik
Kredit: Facebook Route41 Phatthalung

Menarik kan tempat yang dikongsi kali ini? Daripada anda pergi ke tempat yang sama sahaja di Thailand tu, mungkin boleh cuba pula tempat-tempat baru ni. Apa-apa pun, selamat bercuti!

Comments

comments