JPJ Bakal Perkenalkan Nombor Plat Khas Untuk Universiti Awam

8980

Sebelum ini kita dapat lihat pelbagai lambakan nombor plat unik dan khas yang menjadi pilihan pembeli. Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke mengumumkan kerajaan akan memberi kelonggaran kepada universiti awam untuk mempunyai nombor pendaftaran khas kenderaan.

Kelonggaran yang diberikan kepada universiti awam ini dilihat sebagai satu sokongan untuk mendapatkan dana bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan generasi muda.

Menurutnya juga, sebelum ini memang terdapat banyak permintaan daripada universiti awam malah Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik juga ada menyuarakan hal yang sama.

Sekiranya dasar ini mendapat sokongan daripada alumni universiti, alumni boleh diminta menyumbang pembayaran permohonan yang akan didaftarkan di bawah Naib Canselor, seterusnya dana (penjualan) akan diuruskan oleh pihak universiti.

Pastinya dasar ini dapat menarik minat alumni universiti jika dilihatkan kepada jumlah graduan yang sedia ada. Bukan sahaja ini dilihat sebagai satu sokongan malah ianya menjadi kebanggaan alumni kepada universiti yang mereka sanjungi.

Sumber: Funtasticko

Comments

comments