Jual Petai ‘Online’, Pemuda Tak Sangka Mampu Cecah 500 Papan Sekali Penghantaran!

petai online
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pastinya ramai yang terkesan dan ada yang terpaksa bertukar kerjaya kerana telah kehilangan kerja.

Itulah yang terjadi kepada seorang pemandu pelancong yang sering kali membawa pelancong baik dalam dan luar negara meneroka Gunung Stong, Gunung Ayam dan kompleks Gua Ikan di Dabong ketika dulu.

Tidak mahu terus terkesan, Nik Ali Nik Muhamad kini beralih pekerjaan dari pemandu pelancong kepada pemanjat petai.

Dahulu, kisah kejayaannya mengenai perjalanannya membawa pelancong meneroka khazanah alam dan keindahan gunung Stong dan Gua Ikan pernah dipaparkan di Astro Awani.

Kali ini, pemuda ini sekali lagi mendapat perhatian dek usahanya menjual dengan cara mengiklankan di media sosial. Menariknya, dia juga menawarkan penghantaran secara online!

Dia berjaya memetik 400 hingga 700 papan petai daripada sebatang pokok yang dipanjat dalam kawasan hutan dan kebun di Dabong. Hebat!

 Petai yang dikutip itu dijual secara atas talian dengan menerima tempahan dan membuat pengiklanan melalui media sosial. - Astro AWANI
Tambah Nik, Orang Dabong, kawasan hulu Kelantan yang akses internet sukar pun sudah pandai niaga dalam secara dalam talian.

“Kita nak hidup, berniaga tepi jalan orang tak datang, nak hantar petai ke luar daerah tak boleh, jadi kita guna dalam talian sahaja”

Ujarnya, penghantaran itu tidak hanya di tempatnya malah turut disediakan untuk negeri luar seperti Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang

“Sekali buat penghantaran, 500 papan petai, rata-rata yang mahukan petai dari Dabong”

Malahan, ujar Nik Ali, penghantaran terpaksa dijarakkan kepada empat kali seminggu disebabkan kehabisan stok di pokok.

Bukan makanan sahaja, petai juga mampu dihantar dan di tempah secara dalam talian tau. Memang mudah lah orang nak order kan, segar lagi tu!

Terbaik pemuda ini, semoga apa yang diusahakan rakyat Malaysia dalam mencari rezeki ketika pandemik ini dipermudahkan ya. Sama-samalah kita bantu sesama peniaga.

Comments

Artikel Seterusnya