Jumlah Pelancong Merosot Di Phuket, Harga Bilik Diturunkan Sebanyak 50 Peratus

12731

Phuket antara tempat yang sering dipilih sebagai lokasi percutian terutamanya untuk penggemar pulau. Tapi baru-baru ini, destinasi pilihan ramai itu mengalami kerosotan pelancong sehingga harga hotel terpaksa diturunkan.

Ini semua berpunca kerana jumlah pelancong dari China yang berkurangan akibat perang dagang dengan Amerika Syarikat dan kenaikan matawang Baht. Pada tahun lalu, seramai 2.2 juta pelancong China memasuki Thailand tapi kini tak sampai dua juta pengunjung pun yang memasuki Thailand.

phuket

Disebabkan itu, harga bilik terpaksa dikurangkan sebanyak 50 peratus untuk menangani masalah kekurangan pelancong.

Claude de Crissey, Konsul kehormat Perancis di Phuket antara yang terjejas. Beliau mempunyai 40 bilik penginapan di Pantai Patong juga terpaksa memilih untuk menurunkan harga.

phuket
Bukan Phuket sahaja, malah Pattaya dan Koh Samui turut sama terjejas dengan masalah ini. Sebelum ini, nilai mata wang Bath telah meningkat 10 peratus berbanding Yuan. Selain itu, faktor kejadian bot karam di Phuket yang menyebabkan 47 pelancong China maut juga memberi kesan.

Sumber: Phuket News

Comments

comments