Jururawat Berhati Mulia Tarik Perhatian Netizen

226

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan keprihatinan. Tengok sahajalah setiap kali berlaku kemalangan di jalan raya pasti akan ada yang berhenti menolong dan tak kurang jugak yang berhenti untuk memonton serta mengambil gambar.

Tetapi memang tak boleh dinafikan sikap tolong-menolong dalam kalangan rakyat Malaysia memang kuat. Tak kira bangsa dan latar belakang, tetap akan menolong antara satu sama lain.

Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar satu kemalangan yang belaku di Johor yang melibatkan seorang lelaki berbangsa india dan menunggang motosikal.

Apa yang menarik perhatian ialah seorng jururawat yang sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, membantu mangsa tersebut dan gambar ketika insiden itu berlaku dirakam oleh netizen yang berada di lokasi kejadian.

Jururawat yang bernama Nur Syuhada dari bahagian Neurosurgery, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Johor itu sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja pada hari Ahad, 4 November yang lalu.

Walaupun dalam perjalanan pulang setelah penat bekerja shift malam, Syuhadah tetap memberhentikan kenderaan dan menolong membawa mangsa ke tepi jalan dan menenangkan mangsa yang mungkin dalam keadaan trauma.

Insiden ini mendapat perhatian Jabatan Kesihatan Negeri Johor dengan memuat naik gambat dan status berkenaan insiden itu. Pihak jabatan juga turut berbangga dengan tindakannya yang bertanggungjawab tak kira wang ringgit.

Tindakan mulia Syuhadah juga mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Dalam akaun Facebook miliknya, Tunku Ismail telah memuji tindakan Nur Syuhada kerana telah menunjukkan teladan yang baik dan masih menunaikan tanggungjawab walaupun di luar waktu kerja.

Bukan itu sahaja, di dalam gambar itu juga turut menunjukan betapa muhibah dan bersatunya kaum dan rakyat Malaysia apabila sanggup membantu mangsa yang tak dikenali tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

Tahniah diucapkan kepada jururawat yang berhati mulia serta semua yang turut membantu ketika kemalangan tersebut.

Comments

comments