Jururawat Uganda Ditahan, Suntik Air Bukan Vaksin Kepada Lebih 800 orang

Suntik air bukan vaksin

Pihak berkuasa Uganda telah menahan dua orang jururawat yang bertindak memberi suntikan air bukannya vaksin Covid-19 kepada lebih kurang 800 orang.

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Unit Pemantauan Kesihatan di Kediaman Rasmi Presiden, Warren Naamara dalam temu bual media berkata, dua jururawat sudah ditahan kerana terbabit dalam penipuan itu.

Manakala seorang dokter pula diburu selepas melarikan diri kerana disyaki terlibat dalam penipuan ini.

“Kita sudah menghantar vial (bebuli) yang disyaki mengandungi vaksin COVID-19 palsu kepada Direktorat Makmal Analitikal Kerajaan dan Lembaga Ubat-ubatan Kebangsaan (NDA) untuk analisis,” kata Naamara.

Advertisement

“NDA menghantar sampel yang disyaki mengandungi sampel itu kepada Institut Serum India (SII) untuk analisis. SII mengesahkan bahawa kumpulan vaksin yang dihantar itu mengandungi air dan bukannya vaksin.”

Perkara ini disedari oleh pihak berkuasa Uganda apabila SII memberitahu bahawa mereka tidak menghantar vaksin kepada Uganda.

Selain itu, SII telah mengesahkan bahawa label pada vaksin itu juga telah dipalsukan.

Manakala hasil kajian makmal Analitikal juga mengesahkan bahawa vaksin tersebut adalah palsu.

Sebelum itu, beberapa laporan telah diterima di hospital kerajaan pada bulan Mei berkaitan penipuan suntikan vaksin Covid-19 yang kosong.

Oleh itu, beberapa pihak yang terbabit telah ditangkap dan sampel telah dihantar ke makmal untuk ujian.

Dikatakan, seramai 800 pekerja yang menerima vaksin palsu itu adalah kakitangan syarikat swasta dan ia dibayar oleh oleh syarikat berkenaan.

Ketika ini, Uganda telah mencatat 90,656 kes positif Covid-19 dengan 2,392 kematian manakala seramai 1.4 juta orang sudah divaksin daripada 44 juta penduduk.

Sumber

SUMBERBerita Harian

Comments