Kad Undangan Perkahwinan Tular, Netizen Bersimpati Dengan Tunang Muhammad Adib

645

Kematian anggota bomba yang bertugas memadam kebakaran kenderaan semasa rusuhan di Kuil Maha Mariamman di Subang Jaya tiga minggu lepas menyedihkan rakyat Malaysia. Namun paling bersedih sudah semestinya ahli keluarga Adib serta tunangnya.  Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember ini dengan tunangnya, Nurul Najihah Radzi, di Kedah.

Kad undangan perkahwinan yang tular

Kad undangan majlis perkahwinan mereka tular sejak semalam, apabila Muhammad Adib diberitakan berada dalam keadaan tenat setelah paru-parunya tidak berfungsi dan kembali memerlukan bantuan mesin.

Hanya tangisan mereda kesedihan

Gambar: Berita Harian
Gambar: Astro Awani

Gambar: Malaysia Gazette
Gambar: Berita Harian
Gambar: Berita Harian

Netizen minta tunang Adib bersabar, turut bersedih

“Tak ada empati langsung ke dugaan orang?”

Buat Nurul Najihah, tidak semua rakyat Malaysia berkesempatan mengenali Muhammad Adib seperti kamu mengenalinya. Namun rakyat Malaysia turut bersedih bersama kamu. Bertabahlah, tuhan lebih menyayanginya dan jika diizinkan kamu akan bertemu dengannya di akhirat. Salam takziah. – amazingnara.com

Comments

comments