Kaedah Baharu JPJ Lebih Cekap Dan Telus Saman Pengguna Jalan Raya

Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) juga membuat pembaharuann dalam memberikan saman kepada pengguna jalan raya yang membuat kesalahan lalulintas. Dalam pada itu, pihak JPJ hanya merakam pengguna jalan raya dan sekiranya ada yang membuat kesalahan lalulintas mereka hanya perlu menunggu surat saman sampai ke rumah.

Hal ini berkaitan dengan satu video yang tular di Twitter menerusi akaun @JalalMisai_2 dimana rakaman berdurasi hampir dua minit itu memaparkan seorang petugas JPJ sedang membuat rondaan menggunakan motosikal.

Advertisement

Beberapa rakaman telah diambil berhubung individu-individu yang melakukan kesalahan seperti tidak memakai topi keledar.

Sehubungan itu, rakaman yang telah dirakam akan terus masuk ke dalam sistem dan surat saman akan dihantar terus ke rumah.

Melalui kaedah ini, penguatkuasa JPJ juga akan lebih cekap dan telus dalam menjalankan tugas kerana semuanya telah tersedia dirakam.

Bukan itu sahaja, pengguna jalan raya yang disaman pun tidak dapat berkompromi atau mengelak kerana bukti kesalahan telah disimpan oleh penguatkuasa JPJ.

Ramai juga yang bersetuju dengan kaedah yang digunakan oleh penguatkuasa JPJ kerana hal ini juga sekaligus dapat menjaga imej mereka daripada orang tidak bertanggungjawab.

Sumber 

Comments

comments

SOURCETwitter