Kaedah GeNose C19 Diterima Pakai Di Malaysia Jika Sudah Dapat Kelulusan WHO – Pakar Kesihatan

Secara amnya, setiap individu yang ingin membuat ujian saringan Covid-19 perlu menggunakan kaedah Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) atau Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) untuk mendapatkan hasil keputusan. Namun, terdapat juga cara lain seperti GeNose C19 digunakan di beberapa negara luar.

Walau bagaimanapun, penggunaan kit saringan selain RTK-Antigen atau RT-PCR perlu mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor akhbar Harian Metro.

Menurut Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun, kaedah hembusan nafas GeNose C19 yang dilaksanakan di Indonesia kini masih belum terbukti ketepatannya. Kaedah seperti ini hanya boleh digunakan di Malaysia sesudah mendapat kelulusan WHO.

Advertisement

“Kaedah saringan GeNose C19 ini sebenarnya baik kerana cepat dan murah namun masih belum mendapat kelulusan WHO”

Apa yang dikuatiri ialah tahap ketepatan ujian rendah dan boleh membawa risiko terhadap masayarakat, tambahnya ketika dihubungi Harian metro.

Penggunaan GeNose C19 ini merupakan hasil ciptaan Universiti Gadjah Madah (UGM) Indonesia untuk mengesan virus Covid-19 menerusi hembusan nafas dan setakat ini kaedah tersebut hanya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Indonesia.

Jika terbukti berkesan untuk mengesan Covid-19 sehingga 80 peratus ke atas, sudah pasti kaedah berkenaan dapat memudahkan masyarakat untuk membuat ujian kerana kosnya yang rendah. Dengan harapan kaedah GeNose C19 boleh mendapat kelulusan segera daripada WHO dan digunakan secara meluas.

Sumber 

Comments

comments