Kain Batik Terengganu Cantik Dan Sejuk Untuk Baju Raya Rosak Di Tangan Tukang Jahit

195797

Seorang pengguna Twitter mengongsi gambar baju rayanya yang rosak kerana salah dijahit oleh seorang tukang jahit. Bukan saja kain yang disertakan bersama baju itu terlalu besar di bahagian pinggang, malah bahagian hujung lengan pula disambung tampal sahaja kerana pendek.

Menurut pengguna Twitter itu, sememangnya baju itu dijahit menggunakan ukuran badannya. Tukang jahit yang merupakan seorang makcik juga enggan memulangkan semula wang yang dibayar oleh pengguna Twitter itu.

“Awak pun gemuk sangat.”

“Batik beli di Terengganu.”

Ada yang mencadangkan rekaan baju itu diubah dan dijahit semula, namun tukang-tukang jahit yang lain berkata yang baju itu sudah rosak.

“Baju dah kategori rosak.”

Memang mimpi ngeri bila kain mahal dan cantik dihantar kepada tukang jahit tetapi hasilnya begitu mengecewakan. Tidak dapat dipastikan mengapa makcik tersebut menerima tempahan sedangkan mungkin dia belum pernah menjahit baju kurung sebelum ini.

Maka tidak hairanlah lebih ramai suka menghantar kain untuk dijahit tukang jahit dari Bangladesh. Hasilnya lebih memuaskan, bukan? – amazingnara.com

 

Comments

comments