Kajian: Lelaki Yang Kerap Ejakulasi Kurang Risiko Kanser Prostat

Berdasarkan statistik pada 2012, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki di Malaysia menghidap kanser prostat. Ia diletakkan sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Kanser prostat ialah ketumbuhan yang bermula dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini membiak dengan perlahan sehingga penghidap tidak mengalami sebarang simptom atau menyedari kewujudannya.

Lama-kelamaan ia akan membesar serta mengelilingi prostat. Jika tidak ‘dibunuh’ dengan segera, ia boleh merebak ke tulang belakang yang mengundang risiko lebih besar.

Advertisement

Peringkat satu dan dua hanya membabitkan 5 peratus kanser di sekitar kelenjar. Peringkat tiga pula ia mula merebak ke sarung kelenjar prostat atau vesikal seminal. Dan tahap empat yang dikategorikan serius ialah kanser mula merebak ke pundi kencing, dubur, paru-paru dan tulang.

Serangan ke atas tulang belakang boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit belakang malah boleh mengakibatkan lumpuh.

Apa itu Prostat?

Prostat adalah kelenjar terletak di antara pangkal zakar dan pundi kencing serta saluran tiub (uretra) yang menyalurkan air kencing dan air mani melalui zakar.

Saiznya mengikut umur seseorang, semakin meningkat umur ia semakin membesar. Proses pembesaran ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Bagi remaja berusia 20-an, saiznya mungkin sebesar guli kecil tapi bagi yang berusia lebih 40 tahun, ia bersaiz guli besar atau paling tidak sebesar kacang ‘walnut’.

Fungsi utama prostat ialah menghasilkan cecair yang berfungsi melindungi, menyokong serta melancarkan pergerakan air mani. Hampir 75 peratus cecair ini dibekalkan dalam pundi air mani, 20 peratus kekal di dalam prostat, empat peratus dalam buah zakar dan satu peratus untuk air mazi.

“Cecair yang dihasilkan oleh prostat ini turut membantu sperma berenang lebih laju untuk menuju ke sasarannya

Satu kajian yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan Harvard mendedahkan, lelaki yang berejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali sebulan mempunyai risiko kanser prostat 20 peratus lebih rendah berbanding mereka yang melakukannya tujuh kali sebulan.

Kajian yang dijalankan membabitkan sejumlah 32,000 responden sepanjang tempoh 18 tahun itu bagaimanapun tidak memberi penjelasan khusus mengenai hubung kait ejakulasi dan risiko kanser tersebut.

Namun begitu kajian terdahulu memberi gambaran bahawa proses ejakulasi boleh mengeluarkan bahan kimia yang terkumpul di bahagian prostat lelaki.

Sementara itu, portal Daily Mail melaporkan wujud teori yang menyatakan bahawa air mani yang keluar membantu pertumbuhan sel baharu yang dapat mengurangkan risiko menghidap kanser prostat.

Comments

comments