Kakak ‘Backup’ Suami Rogol Adik Kandung Sehingga Mengandung

444

Rata-rata kita selalu mendengar tentang kes rogol yang semakin berleluasa di negara kita, namun agak menyedihkan apabila kami terbaca satu berita dimana seorang kakak sanggup membiarkan adik perempuannya berusia 18 tahun menjadi mangsa kerakusan nafsu buas suaminya.

Dia hanya membiarkan suaminya (suspek) merogol dan meliwat adiknya. Lebih dasyat lagi, perbuatan itu dibela oleh kakak kandungnya sendiri yang bertindak memarahi mangsa sekiranya tidak menurut nafsu suaminya itu.

Suspek juga pernah merakamkan hubungan seks dengan mangsa menggunakan telefon dan mengugut untuk tidak melaporkan kepada polis atau menunjukkan video itu kepada suami mangsa sekiranya mangsa berkahwin nanti. Bukan itu sahaja, mangsa jugapernah dipukul oleh suspek menggunakan tali pinggang sekira nafsunya tidak dilayan.

Mangsa terpaksa melalui episod hitam itu yang berlaku berulang kali sejak mangsa berumur 16 tahun dan menyebabkan mangsa kini mengandung lapan minggu selepas hasil pemeriksaan doktor.

Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa bagaimanapun melaporkan perkara itu kepada pihaknya pada Jumaat lepas, pada 9.30 malam.

Mangsa mendakwa pada hari sama, jam 2 pagi semasa berada di rumah abang iparnya (suspek) telah menggunakan tali pinggang untuk memukul mangsa di bahagian belakang kerana enggan melayani kehendak suspek untuk melakukan hubungan seks. Kali terakhir mangsa dipaksa melakukan hubungan seks adalah pada Selasa lepas sebanyak dua kali dan mangsa turut diliwat oleh suspek. Mangsa yang tinggal bersama kakak kandungnya dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek sejak dari umur 16 tahun (tanpa kerelaan mangsa). Sekiranya mangsa tidak melayan kehendak suspek, kakak mangsa (isteri suspek) turut memarahi mangsa.

Hasil siasatan lanjut oleh pihak polis telah membawa kepada tangkapan kepada seorang lelaki yang merupakan abang ipar mangsa.
Suspek direman selama tujuh hari dan siasatan masih dijalankan, kes disiasat mengikut Seksyen 376, 377D dan 324 Kanun Keseksaan.

Sumber Berita : Astro Awani

Comments

comments