Kalahkan Barista Dari Korea, Kenali Barista Malaysia Juara World Latte Art Championship

2998

Kalau bercakap pasal barista di kafe, pastinya ramai yang akan terbayangkan babak di dalam drama-drama Korea yang sedang hangat sekarang. Antaranya drama ‘Coffee Prince’ yang pernah trending satu ketika dahulu.

Tapi secara realitinya, barista dari Malaysia juga tak kurang hebatnya! Baru-baru ini, Irvine Quek seorang barista Malaysia telah memenangi World Latte Art Championship 2019 di Korea Selatan. Yang membanggakan, dia telah menjuarai untuk dua tahun berturut-turut!

Irvine Quek telah berjaya menumpaskan pesaingnya dari Korea Selatan pada pusingan akhir dengan perbezaan 10 mata.

latte

Kalau tengok pada seni latte yang dilakukan, memang power! Tak sangka seni yang dihasilkan itu hanya menggunakan latte sahaja dan bukannya dibuat pada kanvas.

latte
latte
latte
latte
latte
Rasa sayang juga nak minum kalau cantik macam ni kan? Selain itu, Irvine Quek juga memang aktif memasuki pertandingan Latte Art di dalam dan juga luar negara. Nampaknya, semua itu mendatangkan hasil apabila kini dia bergelar juara seni latte di dunia.

irvine quek
Selain memasuki pertandingan, Irvine juga aktif berkongsikan pengalamannya sebagai barista dalam menyertai pertandingan seni latte. Pertandingan pertama yang disertainya adalah Malaysia Latte Art Championship pada tahun 2016. Walaupun tak berjaya menjadi juara, itu bukan lah penamat buatnya.

latte
latte
Bukan calang-calang barista Malaysia ni. Tahniah kami ucapkan pada Irvine Quek. Semoga terus maju jaya dan dapat mengekalkan takhta juara dunia!

Comments

comments