“Kalau Mama Ada Dia Mesti Bangga”, Perkongsian Nenek Ini Buat Netizen Sebak

2206

Semalam baru sahaja diumumkan keputusan bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar di Tahun 6. Ada pelbagai berita gembira dan sedih yang dikongsikan di media sosial. Salah satu yang mengundang kesedihan buat netizen, perkongsian nenek ini tentang cucunya.

“Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang di sisi opah. Perjalanan mu masih jauh.”

Ketika mereka yang lain meraikan keputusan yang diperoleh bersama ibu bapa, cucu kepada Aishah Mat Akat ini memilih untuk ke pusara ibunya. Walaupun hanya pusara yang menanti, dia tetap berkongsi berita gembira itu bersama-sama arwah ibunya.

pelajar sekolah
Kredit: Facebook

pelajar sekolah
Kredit: Facebook

Jika mama ada disisimu saat ini pasti dia juga merasa bangga dengan mu. Teruskan perjuangan mu… Engkau anak yang baik dan tabah menerima dugaan… Opah yakin ila akan berjaya satu hari nanti..

pelajar sekolah
Kredit: Facebook

“Semoga menjadi anak yang baik”

facebook
Kredit: Facebook

“Doakan yang terbaik untuk adik ini”

facebook
Kredit: Facebook

Baru-baru ini juga, seorang pramugara tular di media sosial kerana layanan baiknya pada penumpang warga emas. Semuanya gara-gara perasaan rindu kepada ibunya. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Macam Layan Ibu Sendiri”, Aksi Pramugara Ini Mendapat Perhatian

Comments

comments