“Kami Mahu 50 Markah Untuk A+”, Pelajar SPM Lancarkan Petisyen Turunkan Markah Subjek Sejarah

7138

Tak dinafikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara perkara penting yang patut dilalui oleh rakyat Malaysia. Sebelum menamatkan alam persekolahan, kita semua akan menduduki peperiksaan SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Sebelum ini tular apabila pelajar-pelajar menduduki SPM melancarkan satu petisyen untuk menurunkan markah lulus subjek Matematik Tambahan kepada markah 5%. Tak cukup dengan itu, satu lagi petisyen dilancarkan.

50 marks for A+ Sejarah SPM 2019

petition
Selepas subjek Matematik Tambahan, kini subjek Sejarah pula diminta untuk diturunkan kepada markah 50% bagi A+. Walaupun tak masuk akal, tetapi itulah permintaan yang diminta oleh calon SPM 2019. Petisyen ini juga telah ditandatangani oleh lebih 13,000 individu.

Sejarah Kertas 2 dan 3 sangat mengarut. Tak ada KBAT untuk kertas 2 macam sepatutnya. Sampai hati KPM tukar format untuk sejarah kertas 3? Calon SPM terseksa sejak hari pertama SPM. Dengarlah suara kami.

Ramai yang tak berpuas hati dengan kedua-dua petisyen yang dilancarkan kerana bunyinya sangat tak masuk akal. Belum pernah lagi, calon-calon SPM sebelum ini meminta permintaan yang bukan-bukan untuk permarkahan SPM.

“Tulah malas baca buku, buat latihan, asyik post di social media 24 jam.” 

“Sepanjang aku hidup, aku tak pernah mintak gred turun.”

“Jangan la buat macam ni penat penat aku hafal buku teks siap buat nota lagi, korang senang je nak minta 50 dah A+.”

“Sejarah tak susah pun lah.”

Sebelum ini juga, tular di media sosial video sekumpulan pelajar sekolah merosakkan meja dan kerusi pada hari terakhir persekolahan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Pelajar Pecahkan Kerusi Dan Meja Pada Hari Terakhir Persekolahan

Comments

comments