“Kami Sahkan Tidak Temui Senarai Berkaitan..” – Shopee Perjelas Isu Jual Vaksin Covid-19 Online

Vaksin Covid-19 online

Sejak ketibaan vaksin fasa pertama ke negara ini, bermacam-macam spekulasi hangat diperkatakan masyarakat.

Terbaru, hangat menjadi bualan netizen apabila tular foto yang memaparkan vaksin Covid-19 Pfizer yang dijual secara online menerusi platform Shopee.

Tidak menunggu lama, Shopee tampil memberi penjelasan mengenai foto yang tular itu dan mengesahkan vaksin tersebut palsu dan tidak dijual online seperti yang diperkatakan.

vaksin Covid-19

Advertisement

“Kami boleh mengesahkan bahawa kami tidak menemui senarai berkaitan di Shopee. Isu penyebaran foto penjualan vaksin Pfizer Covid-19 di Shopee menerusi Twitter dan WhatsApp sedang dalam perhatian kami”.

Pihak Shopee menyatakan isu yang berkaitan kesihatan orang ramai dan membabitkan negara adalah suatu isu yang besar dan tidak boleh dipandang rendah.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga ambil peduli akan penularan foto berkenaan.

Vaksin Pfizer

Dalam masa yang sama, Shopee juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan penyebaran berita palsu apatah lagi ia berkaitan dengan vaksin negara dan sedang dipantau oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Aishhh, tolong la jangan mudah tertipu apatah lagi bila ia berkaitan dengan nyawa dan kesihatan diri…

SUMBER

 

 

SUMBERmstaronlineofficial

Comments